Friday, 11 December 2015

Epilog

Epilog..seriously aku tak tahu nak citer pasal apa untuk epilog ni,,yang aku tahu epilog ni penutup untuk sesuatu karya sastera..atau dengan kata lain yang mudah untuk faham kesimpulan bagi keseluruhan cerita...hari tu dalam kelas sir ada bagi suggestion boleh gak buat epilog untuk blog..so aku decide nak buat epilog bagi blog aku..

Aku tahu blog aku ni biase-biase je sebabnya aku ngaku, aku ni bukan jenis yang kreatif dalam penulisan..aku perasan blog aku ni semua je dari pengalaman yang aku lalui then aku cerita..bagi aku bila aku bukak blog lepas ni aku dapat imbau balik moment-moment time aku tulis blog aku masa tu..aku baru sedar bila aku tulis epilog ni maka tamatlah sudah tanggungjawab aku dalam tugasan blog..syukurlah sepanjang minggu aku belajar dengan sir aku berjaya menyiapkan segala tugasan yang diberi ontime..seingat aku tak pernah lagi aku bertangguh dalam setiap submit task..   

Prolog

Tema last blog aku sepanjang belajar dengan sir ialah prolog..kali ni aku bagi sikit maksud prolog..prolog adalah permulaan cerita atau pendedahan awal secara sekilas dalam menceritakan sesuatu cerita atau drama (sinopsis cerita) ...dari pemahaman aku prolog ni macam iklan sebelum bermulanya drama..kebiasaanya dalam iklan tu akan cerita serba sedikit apa yang akan dibuat dalam drama yang akan ditayangkan..


Hurm bukan drama je yang ada prolog tapi biasanya aku selalu jumpa prolog ni dalam novel..aku ni memang suka baca novel, setakat ni aku baru ada 5 buah novel koleksi sendiri..tu pun guna baucer buku 1Malaysia..hehehe..aku ni bukan jenis yang obses dalam mengumpul novel..biasanya aku akan bertukar-tukar dengan member yang lain..so dari situ boleh berjimat..tapi sekarang ni dah takde masa nak baca novel..sebabnya kat Uni ni banyak kerja lagi penting nak dibuat..lagipun sekarang ni kebanyakkan novel diadaptasi jadi drama.. sampai sini je la aku berceloteh topik prolog..
sekian..