Friday, 11 December 2015

Epilog

Epilog..seriously aku tak tahu nak citer pasal apa untuk epilog ni,,yang aku tahu epilog ni penutup untuk sesuatu karya sastera..atau dengan kata lain yang mudah untuk faham kesimpulan bagi keseluruhan cerita...hari tu dalam kelas sir ada bagi suggestion boleh gak buat epilog untuk blog..so aku decide nak buat epilog bagi blog aku..

Aku tahu blog aku ni biase-biase je sebabnya aku ngaku, aku ni bukan jenis yang kreatif dalam penulisan..aku perasan blog aku ni semua je dari pengalaman yang aku lalui then aku cerita..bagi aku bila aku bukak blog lepas ni aku dapat imbau balik moment-moment time aku tulis blog aku masa tu..aku baru sedar bila aku tulis epilog ni maka tamatlah sudah tanggungjawab aku dalam tugasan blog..syukurlah sepanjang minggu aku belajar dengan sir aku berjaya menyiapkan segala tugasan yang diberi ontime..seingat aku tak pernah lagi aku bertangguh dalam setiap submit task..   

Prolog

Tema last blog aku sepanjang belajar dengan sir ialah prolog..kali ni aku bagi sikit maksud prolog..prolog adalah permulaan cerita atau pendedahan awal secara sekilas dalam menceritakan sesuatu cerita atau drama (sinopsis cerita) ...dari pemahaman aku prolog ni macam iklan sebelum bermulanya drama..kebiasaanya dalam iklan tu akan cerita serba sedikit apa yang akan dibuat dalam drama yang akan ditayangkan..


Hurm bukan drama je yang ada prolog tapi biasanya aku selalu jumpa prolog ni dalam novel..aku ni memang suka baca novel, setakat ni aku baru ada 5 buah novel koleksi sendiri..tu pun guna baucer buku 1Malaysia..hehehe..aku ni bukan jenis yang obses dalam mengumpul novel..biasanya aku akan bertukar-tukar dengan member yang lain..so dari situ boleh berjimat..tapi sekarang ni dah takde masa nak baca novel..sebabnya kat Uni ni banyak kerja lagi penting nak dibuat..lagipun sekarang ni kebanyakkan novel diadaptasi jadi drama.. sampai sini je la aku berceloteh topik prolog..
sekian..

Angklung

Dalam entri aku kali ni aku nak citer serba sikit pasal angklung..Sape tahu angklung tu apa..? mesti ada yang tak tahukan..sebenarnya sebelum aku join citra kebudayaan aku pon tak tahu kewujudan alat muzik angklung ni dalam dunia muzik..sebabnya aku ni bukan jenis seorang yang pencinta alat muzik..aku ni tahu alat muzik yang biasa orang main je contohnya macam gitar, piano, seruling, drum..mungkin ada lagi tapi lupa nak sebut... macam mana aku boleh terlibat dengan angklung ni.? gampang aja sebabnya..sebabnya kerana nak penuhkan jam kredit..hurm yang tu sampingan je..tapi sebenarnya aku teruja tengok kawan aku perform main alat muzik angklung kat atas pentas masa MMM..so dari situlah bermulanya azam aku nak main angklung..berdasarkan pengalaman aku sepanjang main alat muzik ni, alat muzik ni sempoi je and tak banyak rule yang perlu kita tahu..TAPI yang paling penting kena fokus dalam pembacaan note..jangan sesekali terlepas pandang nanti berlakunya kesumbangan..hehehe 

Performance

Sedar tak sedar dah nak habis semester 1 untuk first year aku kat UKM ni..just tinggal lagi seminggu nak tamat kuliah...so hujung-hujung semester ni banyak yang perlu dibuat..nak kena buat report, presentation, exam  and  performance...performance?..performance untuk apa ek?..ingat lagi tak entri aku yang lepas aku citer pasal muzik angklung?..haa performance tu untuk kelas angklung la..lect aku cakap performance ni bukan calang-calang tau tak..sebabnya dari performance tu la lect aku akan bagi markah untuk lulus or failed for angklung this semester..memang cuak la sebab rasa macam tak perform lagi nak main atas pentas plus atas pentas dalam DECTAR...nanti time perform tu dah la ramai sebab semua citra kebudayaan akan buat performance..first time kot naik atas pentas DECTAR..hehehe terasa diri ini terlalu ketinggalan banding dengan mahasiswa/i yang lain..

Saturday, 5 December 2015

Naluri Hati (NH)

Hai guys..
minggu ni aku mendapat tema blog yang agak unik dari sir...temanya berbunyi akronim..masa first dengar perkataan tu aku terpinga pinga jugok la..masa tu aku fikir la mende pulok akronim ni..tapi nasib la classmate aku tolong jawab dalam kelas bila sir tanya  maksud akronim tu...rupanya akronim tu :
 perkataan yang terhasil dari pencatuman bahagian – bahagian daripada serangkai perkataan...arahan sir semua student dia wajib buat akronim dari nama masing-masing tak termasuk nama ayah..

So hasil akronim dari nama aku ialah NH..masa mula tu blur jugok la nak buat mende dengan perkataan NH tu..lepas fikir panjang aku decide nak buat Naluri Hati..tak disangka pulok dapat idea tu time dalam bas on the way balik kolej...

Naluri hati bagi aku ialah kata hati yang dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa...biasanya dalam membuat keputusan kita selalu guna naluri hati sebab naluri hati selalu je betul..tapi kadang tu kita kurang yakin dengan kata hati sendiri berbanding dengan keputusan atau jawapan orang lain..selain dari buat keputusan, naluri hati ni biasa kait dengan naluri hati ibu..biasanya ibu kita memang pakar dalam memahami apa yang terjadi kat family dia..tak kira yang baik mahupun yang sebaliknya..ibu kita tu terror je dalam bab teka mende yang ada dalam fikiran anak – anak dia..tak disangkal lagi lah kelebihan yang satu ni yang ada dalam jiwa seorang ibu dan isteri..so kat sini aku nak tegaskan kita sebagai anak jangan pandang rendah tau kat naluri hati ibu kita.. 
sekian Assalamualaikum..

KPCA

Assalamualaikum pembaca entri  karya penulisanku...

Sebenarnya aku baru je balik dari menyertai program Kursus Pertolongan Cemas ( KPCA) di Fssk under  BSMM DET 88F UKM yang berlangsung selama 2 hari...Program ni bermula dari pukul 7 pagi sampai la pukul 6 petang dan akan disambungkan pada esok hari pulak...hujung minggu aku untuk minggu ni full giler sampai tak sempat nak keluar jalan jalan macam minggu lepas..haish takboleh perabis duit je setiap minggu...kena jimat sebab tambang KTM pon dah naik...(aik tak pasal pasal cerita bab tambang pulok)..ok back to the main story..actually banyak yang aku dapat dari sertai kursus ni :

1.       Tahu nak rawat luka dengan betul.. (lepas ni boleh la aku apply kalau sesape ada terluka ke..)
2.       Tahu cara balut tulang yang patah..
3.       Cara buat CPR. (sebelum ni biasa tengok penceramah je buat tapi hari ni aku buat kot tapi just kat patung je la..) hehehe :)
4.       Then part yang paling mencabar angkat pesakit yang patah betis kanan keatas stretcher ..fuhh part ni giler2 mencabar...bayangkan orang yang usung tu semua perempuan..tahu2 jela kudrat perempuan macam mana kalau nak dibanding dengan kudrat laki..dah la cabaran dia kena naik turun tangga sambil bawak pesakit atas stretcher..lagi satu pesakit tu pulak boleh tahan berat..memang padah la..

Part yang paling aku tak sangka penggunaan simbol #,simbol tu  pon ada guna dalam perubatan rupa rupanya...tapi meaning # dalam perubatan ni  jauh beza dengan entri aku minggu lepas.. simbol # ni ialah untuk mewakili maksud ada tulang yang patah pada mangsa yang cedera..contohnya mangsa yang patah kaki sebelah kiri so cara tulis dia #kaki kiri..

Sekian dulu untuk entri kali ni..