Monday, 28 September 2015

obses

Entri kali ni saya nak buka cerita tentang obses. Kalau dirujuk kamus dan en. Google maksud obses yang saya faham ialah kita terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melakukan apa sahaja demi benda itu. Selain itu, perkataan yang hanya satu patah perkataan yang cukup  menggambarkan maksud obses ialah taasub.taasub ini boleh terbahagi kepada 2 impak iaitu dari segi positif dan negatif. Kalau dari segi impak positif tiada sebarang masalah tetapi yang dibimbangkan taasub yang memberi impak negatif kepada seseorang itu. Bagi saya, saya akan membincangkan impak negatif agar masyarakat akan celik mata.saya akan mengambil contoh daripada contoh2 obses yang pernah disiarkan di media elektronik seperti televisyen contohnya masyarakat yang terlampau obses untuk menghiaskan kenderaan mereka daripada sedia kala kepada yang lebih menarik bagi mereka dengan meletakkan sticker2 kegemaran mereka dan memasang aksesori2 kereta.bagi saya lebih baik duit yang dikeluarkan untuk menghias kereta itu kita simpan untuk kegunaan masa hadapan. Itu lebih berfaedah berbanding menggunakan duit sebagai medium untuk kepuasan.sekian entri saya tentang obses.      

 

kronologi study

Assalamualaikum..

hari ni saya nak berkongsi serba sedikit tempat saya menimba ilmu dari saya kecik sampai la tahap sekarang..

sekolah pertama saya di usia lima tahun untuk menimba ilmu ialah di Tadika Ibok selama setahun je. Pada usia enam tahun saya berpindah ke prasekolah. Kenangan-kenangan di tadika dan prasekolah sangat sangat menyeronokkan.

selepas itu, pada usia 7 hingga 12 tahun saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Ibok. Disana banyak aktiviti sukan dan badan beruniform yang saya ceburi antaranya sukan bola baling ketika di usia 11 dan 12 tahun. Dan tidak lupa juga selama 3 tahun berturut-turut saya memegang jawatan sebagai pengawas sekolah hingga la tamat sekolah rendah.

saya menyambung pelajaran di sekolah menengah kebangsaan Chukai. Disini terlampau banyak kenangan pahit dan manis yang saya lalui selama 5 tahun. Dan disini jugalah saya berdikari kerana selama 5 tahun juga saya menetap di asrama walaupun jarak antara rumah dan sekolah hanyalah 15 minit sahaja.

seterusnya berbekalkan result SPM, saya menyambung study di peringkat matrikulasi iaitu matrikulasi Perlis (KMP). Dari terengganu berhijrah ke Perlis. Jarak antara 2 negeri ini terlalulah jauh hingga mengambil masa 12-15 jam untuk menghubungkan 2 negeri ini. Jarak masa bukanlah penghalang untuk saya menuntut ilmu. Disini saya cuba untuk menyesuaikan diri berjauhan dengan keluarga. Banyak perkara baru yang saya belajar disini. selepas setahun menuntut ilmu di Perlis saya berhijrah ke negeri Selangor untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di UKM.