obses
Entri kali ni saya nak buka cerita tentang obses. Kalau dirujuk kamus dan en. Google maksud obses yang saya faham ialah kita terlalu meminati sesuatu hingga sanggup melakukan apa sahaja demi benda itu. Selain itu, perkataan yang hanya satu patah perkataan yang cukup menggambarkan maksud obses ialah taasub.taasub ini boleh terbahagi kepada 2 impak iaitu dari segi positif dan negatif. Kalau dari segi impak positif tiada sebarang masalah tetapi yang dibimbangkan taasub yang memberi impak negatif kepada seseorang itu. Bagi saya, saya akan membincangkan impak negatif agar masyarakat akan celik mata.saya akan mengambil contoh daripada contoh2 obses yang pernah disiarkan di media elektronik seperti televisyen contohnya masyarakat yang terlampau obses untuk menghiaskan kenderaan mereka daripada sedia kala kepada yang lebih menarik bagi mereka dengan meletakkan sticker2 kegemaran mereka dan memasang aksesori2 kereta.bagi saya lebih baik duit yang dikeluarkan untuk menghias kereta itu kita simpan untuk kegunaan masa hadapan. Itu lebih berfaedah berbanding menggunakan duit sebagai medium untuk kepuasan.sekian entri saya tentang obses.
No comments:
Post a Comment