Assalamualaikum
sempena cuti yang dah nak habis ni aku nak berkongsi serba
sikit memori - memori sepanjang kat rumah ni..
first sekali kenangan yang paling indah sekali dalam cuti
kali ni aku menerima kelahiran orang baru dalam family pada tanggal 10 Nov lalu..so
bertambah lagi sorang anak buah and anak buah aku kali ni baby boy..so sekarang
aku dah lengkap sepasang anak buah...

then cuti kali ni jugak aku dapat bawak adik aku pegi zoo...zoo
yang aku pegi ni tak jauh pon dari rumah aku cuma 10 minit je dah sampai..ni
kali kedua aku pergi sana dan seingat aku kali pertama aku pegi sana 6 tahun lepas
masa hari first pembukaan zoo tu then lepass tu tak pegi langsung.. setiap kali
je lalu depan zoo tu memang adik – adik aku
ajak aku pegi sana tapi takde masa yang sesuai nak bawak pegi...so semalam aku bawak la diorang pegi sana..tiket masuk takde la
semahal zoo Negara..kalau dewasa RM 10 and kanak – kanak RM 7(hurm padan la dengan nama zoo tu)..hurm mesti semua
nak tahukan zoo mana yang aku bawak adik adik aku pegi tuuu..kan aku ni orang Kemaman
so aku bawak diorang pegi mini zoo kemaman yang merupakan satu satunya zoo yang
ada di Terengganu..
No comments:
Post a Comment