assalamualaikum dan selamat pagi...
di pagi mulia ini aku nak berkongsi serba sedikit pengalaman sebagai student UKM..aku adalah first batch yang diinterview sebelum masuk ke UKM..dah la sebelum ni aku tak pernah pergi mana-mana interview..banyak la jugak aku search pasal preparation untuk interview ni, maklumlah tak pernah pergi interview..aku cari maklumat dari segi penampilan, cara bercakap and banyak lagi la..
lepas 4 bulan pergi interview tiba la masa result UPU diumumkan..masa tu memang berdebar giler la sebab nak tahu dapat kat mana..Alhamdulillah dapat UKM..aku pon kena settle segala pasal borang-borang yg diperlukan..hehehe masa tu memang busy giler maklumlah kena pergi mintak pengesahan jkkk...
tibalah hari mendaftar masuk UKM..memang semua laluan di UKM ni sesak dengan kenderaan family..tapi mujurlah pihak UKM dah mengagihkan tempat parking kereta mengikut kolej kediaman..aku ditempatkan di Dataran Gemilang(DG) kerana berhampiran dengan kolej Rahim Kajai (hehehe ni la kolej aku)..lepas tu kami akan menaiki bas UKM untuk melapor diri di FEP (fakulti ekonomi dan pengurusan)..di FEP kami dibawa oleh pensyarah untuk sesi tawaf fakulti..
lepas siap program di FEP kami dibawa pulang ke DG semula untuk mendaftar diri di kolej..siap je daftar aku diberi kunci bilik..masa ni la sesi mengangkat barang2 yang penuh satu boot kereta..masa aku masuk bilik, roomate aku takde lagi..(aku fikir maybe dia tak siap daftar lagi kot)..lepas aku siap kemas barang family ak dah nak balik..so duduklah aku sorang-sorang dalam bilik sambil menanti kemunculan roomate..aku dengar bunyi orang mencari kunci so ak bukalah pintu...hahhaha aku memang terkejut tengok roomate baru aku adalah ketua blok aku masa matrik..memang kami dah biase kat matrik dulu..syukurlah aku dapat roomate memang dah kenal..
sampai sini je aku nak berkongsi serba sedikit tentang pengalaman di UKM.