Wednesday, 14 October 2015

Sukan Frisbee

Assalamualaikum..
malam ni aku nak berkongsi aktiviti aku petang tadi..biasanya setiap hari selasa petang aku akan ada kelas Citra iaitu Asas Frisbee..Frisbee ni adalah sejenis sukan yang menggabungkan sukan rugby and bola jaring dalam satu game..sukan ni boleh bercampur antara perempuan and lelaki..sebenarnya sukan Frisbee ni first time aku dengar padahal sukan ni glamour kat luar negara dan juga dah diperkenalkan secara meluas di sekolah dan matrik...

petang tadi kami main Frisbee kat stadium UKM bersama jurulatih Frisbee UKM, sir Asyraf kebetulan hari ni sir Asyraf bawak sekali isteri dia yang juga merupakan atlet bola jaring negara..petang tadi kami diajar cara untuk memanaskan badan yang dapat menjimatkan masa semua sambil ingatkan kami semula cara tangkap and lempar disk..kami diarah untuk membahagikan kepada 2 group..tadi kami main Frisbee 7 sebelah iaitu 3 lelaki and 4 perempuan..Frisbee ni boleh je main dengan 3 sebelah dan 5 sebelah...sedihnya minggu ni group aku tak boleh score berbanding dengan minggu lepas dapat kalahkan group lagi satu..adatlah permainan ada hari kita menang,dan ada hari kita kalah...bagi aku semua tu tak penting tapi pengalaman bermain tu sangat penting..sukan Frisbee ni sangat lah fun..sampai kat sini je dulu aku cerita serba sedikit sukan Frisbee..

No comments:

Post a Comment