Thursday, 8 October 2015

Pengajaran

assalamualaikum...
hari ni aku nak berkongsi antara pengalaman yang tak dapat dilupakan terjadi kat diri aku..masa tu aku habis belajar kat matrikulasi (kmp) and tunggu result nak sambung degree..hehehe masa tu cuti lama kot hampir 5 bulan aku duk kat rumah..tapi duk kat rumah tu takde la sampai goyang kaki je..aku decide nak take away tugas ayah aku untuk ambik adik kat sekolah..maklumlah dah dapat drive sebab sepanjang kat matrik mana boleh nak drive.

ceritanya cam ni..'pada suatu hari....'dah macam cerita sang kancil jee..heheheh..ok2 kita start citer 'satu pagi ni aku kena hantar adik aku ke sekolah sebab pagi tu hujan so aku siap2 la tapi masa tu pakai baju tidur je lagi hehehe..malas nak tukar sebab fikir just nak hantar then balik..lepas je hantar adik aku kat sekolah, aku terpandang la kt meter yang tunjuk minyak tu (sorry tak tahu nak sebut apa) then tengok  minyak kereta tinggal sikit..kebetulan sekolah adik aku tu dekat je dengan stesen minyak Caltex so aku pon decide nak isi terus..aku masuk la kat stesen minyak tu and buat step macam biasa la nak isi minyak..tapi hari tu aku terlebih ikut peraturan aku matikan enjin kereta..lepas je tangki dah penuh aku nak la start balik kereta tapi tak hidup..masa tu aku dah mengelabah sebab kat belakang aku still ada kereta yang nak isi minyak..aku try2 tapi tak dapat..then akak yang jaga pump tu suruh aku tolak pegi kat tepi sebab biasa waktu pagi ramai orang nak isi minyak..masa tu  akak tu yang jadi mangsa nak kena tolak kereta aku..then aku pon call la ayah aku bagitau kereta tak boleh nak start..nasib la pagi tu aku bawak phone..biasanya aku ni malas nak bawak..tunggu punya tunggu hampir 30 minit jugak ayah aku nak sampai padahal rumah tak jauh pon..ayah aku bawak sekali abang aku, biasa la kalau lelaki ni pandai sikit bab2 macam ni..tak sampai 3 minit pon kereta tu dah hidup..masa tu aku hanya mampu tersenggih je..rupa-rupanya kelebihan kalau kereta manual tolak je then masuk gear boleh hidup tapi nak kena expert jugak la masa tu..so kat sini aku nak bagitau kalau perempuan ni kena la tahu serba sedikit pasal kereta jangan nak harap kat orang lelaki je then kalau keluar pegi mana2 pon sila bawak phone sekali..

No comments:

Post a Comment